Saturday 3 December 2011

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA 2

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 2
TARIKH                 :

MASA                    :
8.50 - 9.50 (60 minit)
TAHUN                  :
4
BILANGAN PELAJAR               :
28 Orang
MATA PELAJARAN         :
BAHASA MALAYSIA
TEMA                     :
YANG BAIK JADIKAN TELADAN
TAJUK                   :
MONYET YANG PINTAR
PENGETAHUAN SEDIA ADA           :
Murid mempunyai pengalaman sedia ada mengenai isi pelajaran untuk hari ini.
OBJEKTIF PENGAJARAN      :
Di akhir pembelajaran murid dapat :
1. Menyenaraikan sekurang-kurangnya 4 daripada 5 watak yang terdapat dalam cerita ‘Monyet yang pintar’.
2. Menyenaraikan sekurang-kurangnya 4 daripada 5 rancangan setiap watak dalam cerita ini dengan wacana yang sesuai.
KEMAHIRAN PEMBELAJARAN:
2.1 Aras 3 (i) – Mempersembahkan cerita dengan sebutan, intonasi dan
                            penghayatan yang sesuai.
∙ 11.3 Aras 1 (i) – mengecam watak yang terdapat dalam teks.
∙ 3.3 Aras 2 (i) – mengemukakan idea tentang sesuatu tema dengan 
                            wacana yang sesuai.
NILAI-NILAI MURNI                   :
Berdikari, Berani,Kerajinan
BAHAN BANTU MENGAJAR          :
Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 4, Komputer/LCD, Petikan ‘Monyet yang pintar’, Kotak bertutup, Patung haiwan,  Latihan 1, latihan2.
BAHAN RUJUKAN             :
Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 4, Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Tahun 4 Bahasa Melayu



Langkah Penyampaian:
Langkah
Isi pelajaran
Kaedah Penyampaian

Set Induksi
5  Minit

Contoh soalan:
1. Apakah nama objek yang anda dapat dari dalam kotak itu?
2. Siapakah dia Sang Singa ini?



Aktiviti:
1. Guru menjalankan aktiviti ‘kotak hitam’.
2. Wakil setiap kumpulan mengambil objek (patung haiwan)  yang terdapat di dalam kotak dan menyatakannya kepada rakan lain.
3. Guru mengaitkan aktiviti dengan isi pelajaran untuk hari ini.

Bahan:
Kotak bertutup, patung haiwan


Langkah 1
15 Minit

Mempersembahkan cerita ‘Monyet yang pintar’ dengan sebutan, intonasi dan penghayatan yang sesuai.

mengemukakan idea yang terdapat dalam cerita ‘Monyet yang pintar’ dengan  wacana yang sesuai.
- buat baik dibalas baik, buat jahat jangan sekali.


Aktiviti:
1. Secara rawak, guru meminta murid yang terpilih untuk mempersembahkan semula cerita ‘Monyet yang pintar’.
2. Guru dan murid berbincang tentang isi kandungan cerita ini.
3. wakil setiap kumpulan menyatakan idea yang terdapat di dalam cerita ini dengan wacana yang tepat.
4. Guru mencatat setiap maklumat dalam pembentangan murid di papan tulis.

Bahan: 
Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 4, Komputer/LCD, Petikan ‘Monyet yang pintar’

 Langkah 2
15 Minit
Watak dan rancangan watak dalam dalam cerita:
1. kambing – berjumpa dengan singa untuk merayu agar singa tidak menangkap haiwan lain di hutan.
2. kijang – mahu membunuh singa sebelum singa menjadikan mereka mangsa.
3. arnab – ikut rancangan kijang sahaja.
4. monyet – menipu singa sehingga singa terbunuh.
5. singa – menjadikan binatang lain di dalam hutan sebagai mangsanya.
Aktiviti:
1. Murid berbincang dalam kumpulan menyenaraikan watak dan rancangan watak yang terdapat dalam cerita.
2. wakil setiap kumpulan membentangkan dapatan dari perbincangan mereka.
3. Guru memberi penambahbaikan terhadap hasil perbincangan dan pembentangan murid.
4. Guru mencatat hasil pembentangan murid di papan tulis.

Bahan:
Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 4, Komputer/LCD, Petikan ‘Monyet yang pintar’


Langkah 3
 20 Minit

Membuat latihan mengenai topik yang telah diajar pada hari ini.

1. Menyenaraikan sekurang-kurangnya 4 daripada 5 watak yang terdapat dalam cerita ‘Monyet yang pintar’. (Latihan 1)
2. Menyenaraikan sekurang-kurangnya 4 daripada 5 rancangan setiap watak dalam cerita ini dengan wacana yang sesuai. (Latihan 2)


Aktiviti:
1. Guru memberikan lembaran kerja kepada murid untuk mengukur sejauh mana kefahaman dan ingatan murid tentang isi pelajaran  yang telah dipelajari pada hari ini.



Bahan:
Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 4, Komputer/LCD, Petikan ‘Monyet yang pintar’, Latihan 1, Latihan 2


Penutup
5 Minit

Rumusan

Aktiviti:
1. Guru berbincang dengan murid tentang isi pelajaran pada hari ini.
2. Guru meminta wakil murid untuk membuat rumusan tentang isi pelajaran pada hari ini.



No comments:

Post a Comment