Saturday 3 December 2011

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA 3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 3
TARIKH                 :

MASA                    :
10.20 – 11.20 (60 minit)
TAHUN                  :
4
BILANGAN PELAJAR               :
28 Orang
MATA PELAJARAN         :
BAHASA MALAYSIA
TEMA                     :
YANG BAIK JADIKAN TELADAN
TAJUK                   :
MONYET YANG PINTAR
PENGETAHUAN SEDIA ADA           :
Murid mempunyai pengalaman sedia ada mengenai isi pelajaran untuk hari ini.
OBJEKTIF PENGAJARAN      :
Di akhir pembelajaran murid dapat:
1. Mempersembahkan dialog dengan sebutan, intonasi dan penghayatan yang sesuai.
2. Mengisi 4 dari 5 belon kata dengan dialog yang disampaikan oleh watak yang terdapat di dalam cerita.
3. Menghuraikan 4 daripada 5 tujuan dialog yang disampaikan oleh watak dengan betul.

KEMAHIRAN PEMBELAJARAN:
5.1 Aras 2 (i) – Membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera 
                            dengan sebutan dan intonasi yang betul.
2.1 Aras 3 (i) – Mempersembahkan cerita dengan sebutan, intonasi dan
                            penghayatan yang sesuai.
2.1 Aras 3 (ii) – Menghuraikan sesuatu perkara yang didengar dengan
                             bahasa yang betul.
NILAI-NILAI MURNI                   :
Berdikari, Berani,Kerajinan
BAHAN BANTU MENGAJAR          :
Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 4, Komputer/LCD, Dialog ‘Monyet yang pintar’, Gambar Sang Kancil dan Buaya, Latihan 3, Latihan 4
BAHAN RUJUKAN             :
Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 4, Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Tahun 4 Bahasa Melayu



Langkah Penyampaian:
Langkah
Isi pelajaran
Kaedah Penyampaian

Set Induksi
5  Minit

Contoh dialog:
1. “wahai Sang Buaya, saya diarahkan oleh Raja Sulaiman untuk mengira kamu semua”.
2. “apakah tujuan kami dikira wahai Sang Kancil?”.


Aktiviti:
1. Guru mengedarkan dialog berkaitan cerita ‘Sang Kancil dan Buaya’ kepada beberapa orang murid.
2. Guru menjalankan aktiviti teater pembaca bersama murid berdasarkan dialog yang diedarkan.
3. Guru mengaitkan aktiviti dengan isi pelajaran pada hari ini.

Bahan:
Gambar Sang kancil, Buaya, Dialog


Langkah 1
15 Minit

Membaca lancar dialog dalam cerita ‘Monyet yang pintar’ dengan sebutan dan intonasi yang betul.

- “Biar saya yang berjumpa dengan singa itu. Saya akan merayu kepadanya agar tidak menangkap haiwan di hutan ini lagi”.
- “Jangan beri muka kepada singa yang kejam itu. Ada hati dia mahu makan kita. Kita mesti membunuhnya sebelum kita menjadi mangsa seterusnya”.
- “Tapi bagaimana, kijang?”.
- “kita masih ada jalan. Biar saya yang menjadi mangsanya yang pertama”.
- “Apa? Raja? Hanya aku raja di hutan ini! Tunjukkan kepadaku tempat si bedebah itu. Biar aku tamatkan riwayatnya!”.

Aktiviti:
1. Guru menayangkan dialog dalam cerita ‘Monyet yang pintar’ kepada murid.
2. Guru memberi contoh cara membaca dialog dalam cerita ‘Monyet yang pintar’ dengan sebutan dan intonasi yang betul.
3. Murid membaca senyap dialog yang dipertontonkan.
4. Murid membaca kuat dialog yang dipertontonkan dengan sebutan dan intonasi yaang betul berpandukan tunjuk ajar guru.




Bahan: 
Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 4, Komputer/LCD, Dialog ‘Monyet yang pintar’


Langkah 2
15 Minit

Mempersembahkan dialog yang dipertontonkan dengan sebutan, intonasi dan penghayatan yang sesuai.


Menghuraikan sesuatu perkara yang didengar dengan bahasa yang betul.

Contoh huraian:
- monyet merasakan yang mereka masih mempunyai jalan untuk menewaskan singa. Dia juga sanggup untuk menjadi mangsa pertama singa.

Aktiviti:
1. Guru mempersembahkan satu contoh dialog dengan mengunakan sebutan, intonasi dan penghayatan yang sesuai.
2. Guru dan murid berbincang tentang cara mempersembahkan dialog yang dipertontonkan dengan sebutan, intonasi dan penghayatan yang sesuai.
3. Guru dan murid berbincang tentang tujuan setiap dialog itu diucapkan.
4. Guru memilih secara rawak murid yang akan mempersembahkan dialog yang dipertontonkan dengan sebutan, intonasi dan penghayatan yang sesuai manakala murid lain dalam kumpulan menghuraikan tujuan dialog itu diucapkan.

Bahan:
Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 4, Komputer/LCD, Dialog ‘Monyet yang pintar’


Langkah 3
 20 Minit

Membuat latihan mengenai topik yang telah diajar pada hari ini.

1. Mengisi 4 dari 5 belon kata dengan dialog yang disampaikan oleh watak yang terdapat di dalam cerita.
(Latihan 3)

2. Menghuraikan 4 daripada 5 tujuan dialog yang disampaikan oleh watak dengan betul. (Latihan 4)


Aktiviti:
1. Guru memberikan lembaran kerja kepada murid untuk mengukur sejauh mana kefahaman dan ingatan murid tentang isi pelajaran  yang telah dipelajari pada hari ini.


Bahan:
Latihan 3, Latihan 4

Penutup
5 Minit

Rumusan

Aktiviti:
1. Guru murid melakonkan semula cerita “Sang Kancil dan Buaya” bersama murid.
2. Guru merumuskan isi pelajaran untuk hari ini.

No comments:

Post a Comment