Saturday 3 December 2011

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 4
TARIKH                 :

MASA                    :
11.20 – 12.50 (90 minit)
TAHUN                  :
4
BILANGAN PELAJAR               :
28 Orang
MATA PELAJARAN         :
BAHASA MALAYSIA
TEMA                     :
YANG BAIK JADIKAN TELADAN
TAJUK                   :
MONYET YANG PINTAR
PENGETAHUAN SEDIA ADA           :
Murid mempunyai pengalaman sedia ada mengenai isi pelajaran untuk hari ini.
OBJEKTIF PENGAJARAN      :
Di akhir pembelajaran murid dapat :
1. Menghuraikan 4 daripada 5 perwatakan watak yang terdapat di dalam cerita.
2. membina ayat sekurang-kurangnya 50 patah perkataan berkaitan dengan watak yang dipilih dengan bahasa yang betul.
KEMAHIRAN PEMBELAJARAN:
∙ 11.3 Aras 1 (i) – mengecam watak yang terdapat dalam teks.
11.3 Aras 1 (ii) – mengenal pasti perwatakan watak dalam teks.
2.1 Aras 3 (ii) – Menghuraikan sesuatu perkara yang didengar dengan
                             bahasa yang betul.

NILAI-NILAI MURNI                   :
Berdikari, Berani,Kerajinan
BAHAN BANTU MENGAJAR          :
Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 4, Komputer/LCD, Petikan ‘Monyet yang pintar’, Dialog ‘Monyet yang pintar’,  Latihan 5, Latihan 6
BAHAN RUJUKAN             :
Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 4, Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Tahun 4 Bahasa Melayu



Langkah Penyampaian:
Langkah
Isi pelajaran
Kaedah Penyampaian

Set Induksi
5  Minit

Contoh dialog:
- “Tapi bagaimana, kijang?”.
- “kita masih ada jalan. Biar saya yang menjadi mangsanya yang pertama”.
- “Apa? Raja? Hanya aku raja di hutan ini! Tunjukkan kepadaku tempat si bedebah itu. Biar aku tamatkan riwayatnya!”.


Aktiviti:
1. Guru meminta murid melakonkan setiap dialog yang mereka telah pelajari dalam cerita ‘Monyet yang pintar’.
2. Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan dengan watak yang menyampaikan dialog yang mereka lakonkan.
3. Guru mengaitkan hasil perbincangan dengan isi pelajaran hari itu.

Bahan:
Dialog ‘Monyet yang pintar’


Langkah 1
20 Minit

Mengecam watak yang terdapat dalam teks.

Mengenal pasti perwatakan watak dalam teks.
-perwatakan- nilai yang terdapat
                     dalam diri sesuatu  
                      watak  itu.
1. kambing – sanggup berkorban nyawa demi keselamatan kawan-kawannya.
2. kijang – seekor binatang yang pemarah.
3. arnab – lebih banyak berdiam diri.
4. monyet – seekor binatang yang pintar dan mampu menipu singa.
5. singa – seekor binatang yang garang, anggkuh, mementingkan diri sendiri .


Aktiviti:
1. Guru meminta murid menyenaraikan setiap watak yang terdapat dalam cerita ‘Monyet yang pintar’.
2. Guru menerangkan mengenai maksud ‘perwatakan’ dan memberikan contoh perwatakan berdasarkan watak yang terdapat di dalam cerita ‘Monyet yang pintar’.
3. Murid berbincang dalam kumpulan untuk mengenal pasti perwatakan setiap watak yang terdapat di dalam cerita.
4. Wakil murid membentangkan dapatan perbincangan kumpulan mereka di hadapan kelas.
5. Guru membuat penambahbaikan serta mencatat hasil pembentangan murid di papan tulis.

Bahan: 
Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 4, Komputer/LCD, Petikan ‘Monyet yang pintar’


 Langkah 2
25 Minit

Menghuraikan sesuatu perkara yang didengar dengan bahasa yang betul.

 Contoh ayat:
- “kambing adalah seekor binatang yang baik budi pekertinya. Dia sanggup berkorban nyawa demi keselamatan rakan-rakannya”.

Aktiviti:
1. Guru memberikan contoh ayat yang ditulis dengan menggunakan bahasa yang betul.
2. Guru dan murid berbincang tentang cara menulis dan menghuraikan sesuatu perkara dengan bahasa yang betul.
3. Murid berbincang dalam kumpulan tentang aktiviti yang dijalankan.
4. Guru memberi penambahbaikan serta mencatat hasil perbincangan murid di papan tulis.

Bahan:
Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 4, Komputer/LCD, Petikan ‘Monyet yang pintar’


Langkah 3
35  Minit

Membuat latihan mengenai topik yang telah diajar pada hari ini.

1. Menghuraikan 4 daripada 5 perwatakan watak yang terdapat di dalam cerita. (Latihan 5)
2. membina ayat sekurang-kurangnya 50 patah perkataan berkaitan dengan watak yang dipilih dengan bahasa yang betul. (Latihan 6)


Aktiviti:
1. Guru memberikan lembaran kerja kepada murid untuk mengukur sejauh mana kefahaman dan ingatan murid tentang isi pelajaran  yang telah dipelajari pada hari ini.


Bahan:
Latihan 5, Latihan 6.

Penutup
5 Minit

Rumusan / Lakonan.

Aktiviti:
1. Guru dan murid melakonkan setiap watak yang telah dipelajari dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran hari ini.
2. Guru merumuskan isi pelajaran untuk hari ini.





No comments:

Post a Comment